CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 14, 2011

Hanya ALLAH yang mengetahuinya.ok.cukup.sekian.

Cuma ALLAH sahaja yang tahu bila berlakunya hari kiamat.Ianya rahsia..kalau dah dalam AL-QURAN kata rahsia..hanya ALLAH sahaja yang tahu..maknanya..dah tentulah ianya betul.Lebih baiklah kita patuh dan taat kepada ALLAH dan terus beramal daripada kita sibuk meramal bilalah hari kiamat itu akan tiba.

" Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu."


Surah LUQMAN,keterangan ayat 34 (hlm.883)

' Datang seorang lelaki bernama al - Haristh bin 'Amr kepada Nabi S.A.W seraya katanya:

"terangkanlah kepadaku bila datangnya hari kiamat.Saya telah menaburkan benih di ladang,hujan belum juga turun, bilakah waktunya hari hujan?Isteriku hamil.Apakah anakku nanti lelaki atau perempuan?Saya tahu apa yang saya kerjakan semalam,apakah yang akan saya kerjakan esok?Saya lahir di negeri ini,di manakah saya akan mati? " untuk menjawab pertanyaan lelaki itu turunlah ayat ini bermaksud :

" ALLAH yang mengetahui bila datangnya hari kiamat,bila waktunya turun hujan dengan tepat.Dia yang mengetahui jantina anak dalam rahim ibu,cukup anggotanya atau kurang.Seseorang tidak mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok lusa.Begitu juga ia tidak mengetahui di mana akan mati.ALLAHlah yang mengetahui demikian itu. "

ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

* papepun..Hanya ALLAH maha mengetahui segalanya..saya insan biasa..kalau ada yang tersalah info..harap kalian boleh beri tunjuk ajar..sekian..


0 comments: