CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 14, 2010

membongkar misteri dajjal - Muhammad Nurani Maarif

Piramid Sakkara

patung misteri,pulau Easter

patung terra cota

nazca line

stonehenge

" Dari senarai panjang yang saya susun ia memberi tanda yang sama bahawa Piramid Sakkara,bongkah batu Stonehenge di England,bongkah batu Carnac di Perancis,garisan panjang di Nazca di Peru,garisan gergasi Maze dan Labyrinths di England,kota Machu Picchu Inca di Pergunungan Andes,patung - patung aneh di Pulau Easter dan patung tentera Terracotta di Xian,China mempunyai jalan cerita yang hampir sama."-Muhammad Nurani Maarif

ape jalan cerita yang hampir sama tu??
menurut buku yang ak bace ni..segala kejadian di atas tu menyatakan sejarah dan mitos yang melingkarinya merakamkan bahawa terdapat seorang lelaki misteri yang membinanya..betulke?? WALLAHUALAM..hanye ALLAH yang ketahui kesahihannya..dalam buku ni...ade cerita serba cikit mengenai misteri2 ni..

  • '' Dajjal akan diikuti oleh 70 000 orang Yahudi Asbahan (Isfahan) yang memakai jubah besar berwarna hijau" -Riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas bin Malik.Rujuk kitab Fath Ar Rabani Tartib Musnad Ahmad

  • " Ayahnya seorang lelaki yang bertubuh tinggi,berdaging (gempal),hidung yang panjang,seakan - akan paruh burung.Ibunya seorang yang bertubuh besar,tangan yang panjang dan mempunyai payudara yang besar"-Riwayat Imam Ahmad dari Abu Bakar.Diriwayatkan juga oleh Imam Tarmidzi dari Hammad bin Salamah dengan berstatus hadis Hasan.

  • '' Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu masjidil Haram ,Masjid Nabi,Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa.-(Riwayat Imam Ahmad)Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26

  • " Pada suatu hari ,Rasulullah SAW datang ke rumahku.Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata ; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan.Pada tahun pertama langit menahan sepertiga air hujan dan bumi menahan dua per tiga tumbuhannya .Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga hujannya sedangkan bumi menahan dua per tiga tumbuhannya.Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya,begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya."-Riwayat Imam Ahmad dari Asma binti Yazid.

terdapat byk lagi info mengenai si "d" ni yang tidak diketahui oleh org ramai...segalanye ada dlm buku ni..

0 comments: