CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 14, 2010

Nabi Sulaiman bersama seekor semut di dalam botol

DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut," Berapakah rezekimu dalam setahun?"

Semut menjawab,"Sebutir biji gandum."

Maka Nabi Sulaiman a.s pun meletakkan semut itu ke dalam sebuah botol,dan meletakkan
bersamanya sebutir biji gandum serta menutup botol itu.ketika genap satu tahun Nabi Sulaiman
a.s membuka mulut botol dan ternyata semut itu hanya makan setengah biji gandum.Berkatalah
Nabi Sulaiman a.s,"Mengapa tidak engkau makan setengah biji yang lain?

Semut pun menjawab," Kerana tawakkalku selalu kepada ALLAH.Maka aku memakan sebutir biji.Sebab ALLAH tidak akan lupa kepadaku.Tetapi setelah tawakkalku sekarang kepadamu di dalam botol maka aku pun meninggalkan setengahnya.Aku berkata dalam hati,"jika Nabi Sulaiman lupa kepadaku dalam tahun ini aku akan dapat makan setengah yang lain pada tahun berikutnya.

-kumpulan cerita ajaib,aneh dan mencuit hati siri 3 ,darul nu'man n susunan Abu Hikmah Al-Husni.

0 comments: