CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 19, 2011

Mengimbas kembali kisah2 berkait dengan Islam dan kuasa ALLAH

i) Penemuan sungai didalam laut





Jacques Yves Costeau merupakan seorang penyelam laut dalam.Jacques telah menjumpai sebatang sungai di dalam dasar laut.Fenomena tersebut membuatkan Jacquest pergi berjumpa dengan seorang Profesor Muslim dan Jacques menceritakan mengenai fenomena ganjil tersebut kepada Profesor muslim itu.

Profesor tersebut teringat mengenai ayat Al-Quran tentang pertemuan dua lautan(surah ar - Rahman ayat 19-20) yang kerap dikaitkan dengan Terusan Suez.

" Dia biarkan dua lautan bertemu,di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembusi."
(Surah ar- Rahman ayat 19 -20)

Ada sumber yang menyatakan Jacques telah memasuki Islam setelah melihat Kebesaran ALLAH ini.walaubagaimanapun..terdapat juga sumber yang menyatakan beliau tidak memasuki Islam.Ok la..pape pun..Hanya ALLAH yang lebih mengetahui perkara sebenar..sama ada beliau memasuki islam atau pun tidak..sekian.


ii) Marwah asy - Syarbini

Seorang Muslimah yang telah dibunuh di Mahkamah Jerman.Beliau dibunuh kerana mempertahankan maruah serta harga dirinya apabila dirinya dihina oleh seorang 'lelaki gila' berbangsa Jerman.Beliau dihina kerana berpakaian sempurna sebagai muslimah.

Marwah telah ditikam sebanyak lapan kali dan rebah walaupun disambut suaminya,Ali dan anaknya Mustafa (4 tahun)yang masih trauma hingga ke hari ini.ketika Beliau dibunuh,beliau sedang mengandungkan anak kedua berusia 3 bulan.Suaminya pula ditembak oleh sepasukan polis yang meluru masuk ke dalam mahkamah.(sepatutnya..lelaki Jerman yang tidak betul itu yang ditembak..bukan suaminya)

Berikut ialah Penjelasan ALLAH dalam AL-QURAN :


" Di antara orang - orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada ALLAH(untuk berjuang membela Islam);maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)sedikitpun."
(AL-Ahzab : 23)


iii) Dr. Roger Garaudy

Dr. Roger Garaudy ini merupakan bekas Setiausaha Agung Gerakan Zionis sedunia.Dr ini telah memasuki Islam kerana insafi kejahatan Zionis.Garaudy pernah menerbitkan karya yang paling kontroversial iaitu The Founding Myth of Modern Israel(versi bhs inggeris).Buku ini mengandungi penolakan Holocaust.Mahkamah Perancis telah melarang penerbitannya dan pada 27 feb 1998,beliau didenda 240,000 franc Perancis.kemudian beliau dijatuhkan hukuman penjara hingga beberapa tahun lamanya.

Ternyata bahawa ALLAH berkuasa memberi hidayah petunjuknya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA :

"Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad)tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi(supaya dia menerima Islam),tetapi ALLAh jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA(menurut undang - undang peraturan-NYA)"
(Al-Qasas : 56)





Sumber :'Allah is Calling'.penulis,Zainudin Hashim